Rabu, 19 Februari 2014

BR1M MULA DI EDAR 22.2.2014

Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 akan mula diagihkan pada 22.2.2014 ini. Menurut PM beliau akan melancarkan BR1M 3.0 ini pada di Kuala Lumpur bagi peringkat Kebangsaan dan penerima yang layak akan mula menerima melalui akaun bank mereka sejurus beliau melancarkan di peringkat kebangsaan. Bagi penerima yang tiada akaun bank bantuan akan mula diagihkan pada 23.2.14 iaitu keesokan harinya di kawasan masing-masing dan ia dijangka akan mengambil masa sehingga 20 hari untuk diselesaikan.

Pada kali ini kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM650 daripada RM500 sebelum ini. Bagi golongan bujang pula kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM300. Bagi BR1M 3.0 ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baru seperti Insurans dan golongan sasar baru diperkenalkan.

Semua yang Kerajaan lakukan adalah semata-mata bagi membantu rakyat. Jika tiada kerajaan yang cekap seperti Kerajaan BN semua ini ia akan menjadi janji. Janji yang dibuat oleh BN bukan sekadar janji bulan dan bintang semata-mata. Janji yang Kerajaan lakukan adalah berdasarkan apa yang telah dikaji.

Bantuan ini juga akan ditingkatkan kepada RM1200 dalam masa 5TAHUN oleh itu janganlah kita termakan hasutan dari pihak tertentu yang mengatakan Kerajaan gagal mengotakan janji mereka. Rakyat malaysia adalah golongan yang cerdik pandai hasil dari sistem pendidikan yang diterajui oleh BN oleh itu janganlah kita mudah percaya dengan cakap-cakap yang tiada asasnya. Selidik apa jua jenis berita yang diterima.

Sebarang pertanyaan mengenai BR1M anda boleh menghubungi pihak LHDN di Hotline 1-300-88-3010 atau Kementerian Kewangan Malaysia 1-800-222-500.

Isnin, 6 Januari 2014

PERMOHONAN BR1M 3.0

Kepada penerima BR1M yang lepas mereka tidak perlu mendaftar semula untuk kali ini. Mereka hanya perlu mengemaskini permohonan mereka secara online di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/   dan pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.

Berikut adalah langkah-langkah penambahbaikan yang telah di laksanakan oleh Kerajaan.

1. Bagi pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Kadar bantuan telah ditingkatkan kepada RM650 .(ditambah baik)

2. Bagi pendapatan isi rumah  di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan pada kadar RM450. (baru dilaksanakan)

3. Bagi individu bujang berumur 21 Tahun ke atas & pendapatan sebulan RM2,000 ke bawah kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar bantuan kepada RM300. (ditambah baik)

4. Kerajaan juga akan memperkenalkan insurans kepada penerima BR1M 3.0 yang telah berkeluarga.

Dengan langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan ini ia di harap dapat membantu para penerima untuk menampung kos sara hidup mereka. 

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716 atau terus ke Pejabat LHDNM berhampiran.

Jika penduduk dalam JKKKP Guar Perahu ada pentanyaan berkenaan hal ini anda boleh terus merujuk kepada Pengerusi / Setiausaha JKKKP atau terus menghantar pesanan di laman Facebook JKKKP Guar Perahu atau email guarperahu@gmail.com.


Khamis, 3 Januari 2013

PENDAFTARAN BR1M DILANJUT.

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu, dilanjutkan kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan.

"Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

"Kami berharap pemohon yang masih belum lagi mendaftar mengambil kesempatan lanjutan tempoh ini untuk mendaftar," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-88-BR1M (2716) atau 03-8313 8987/88/89 atau e-mel bajet2013@treasury.gov.my.

"dipetik  daripada Utusan Online."

Kepada penduduk kawasan JKKKP Guar Perahu yang masih belum memohon anda bolehlah mendapatkan borang Pendaftaran BR1M 2.0 daripada Setiausaha JKKKP Guar Perahu, Encik Bakar Nayan atau wakil-wakil JKKKP kampung masing-masing.

Jumaat, 28 Disember 2012

LAGI JANJI DITEPATI!!!

 Belia boleh daftar rebat telefon pintar 3G mulai Januari
 

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

 
Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

Khamis, 27 Disember 2012

Permohonan BR1M 2.0 akan tamat 31/12/12

Salam 1Malaysia Salam 1GuarPerahu...Untuk pengetahuan semua permohonan BR1M 2.0 akan tamat pada 31.12.12(isnin). Oleh yang demikian jika anda belum memohon anda boleh dapatkan borang permohonan dari Setiausaha JKKKP Guar Perahu sekarang.
 
 
Permohonan kali ini juga dibuka pada semua individu bujang berumur 21tahun ke atas. Syaratnya adalah.
• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Jika anda layak usah tunggu lagi. Dapatkan borang dengan segera.. Permohonan melalui online juga boleh di dibuat dengan melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/ .